Tuesday 3 December 2013

Sunnah Nabi Muhammad S.A.W Dalam Tidur

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua tetamu yang sudi singgah kat blog ni (^_^)..
Harap semua berada dalam keadaa sihat seadanya..



InsyaAllah, kali ni saya akan bawakan anda dengan sajian rohani..cehhhh..
Tadi sy ada trbaca satu buku dimana dlm buku tue
ada menekankan sunnah yg boleh kita ikuti 
sama ada sebelum, semasa ataupun selepas kita tidur..

Antara sunnah yang boleh kita semua ikuti ialah:

1) Sebelum dan selepas tidur, BACALAH DOA tidur 
kerana harga yang Allah tawarkan adalah syurga.

2) JANGAN sesekali tidur dengan kaki menghadap ke arah kiblat
kerana itu adalah kedudukan orang yang telah mati.

3) Barang siapa yang MEMBACA TASBIH FATIMAH, sekiranya
dia mati pada malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih fatimah?
Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakhbar 33 kali.

4) BACALAH SURAH EMPAT QUL kemudian tiup ke tapak tangan
dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5) BERNIATLAH untuk bangun mendirikan solat tahajjud. Sekiranya tidak
terjaga, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.

6) AMBIL WUDHUK sebelum tidur dan dirikanlah solat sunat taubat
dua rakaat.

7) MAAFKANLAH semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan
semua hutang piutang sebelum tidur. Setelah bangun tidur boleh membuka
kembali 'fail' tersebut sekiranya mahu.

8) TIDURLAH dengan mengiringkan badan ke KANAN dan tapak tangan
di bawah pipi. Itu adalah sebaik-baik posisi tidur.


Sebenarnya banyak lagi sunnah yang boleh kita amalkan. Sunnah-sunnah ini
sebenarnya sangat mudah untuk dilaksanakan. Namun ianya bergantung
kepada kita semua sama ada mahu melakukannya ataupun tidak.

Namun sebaik-baiknya ikutlah sunnah yang telah ditinggalkan oleh
Nabi Muhammad S.A.W ini kepada kita. Dengan cara ini juga
akan mendekatkan hati kita kepada Allah. InsyaAllah..

Wallahualam (^_^)

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates